Lilypie First Birthday tickers

29 February 2012

29.2.2012

Biler anak saudara saya nak keluar nih?? Harini ke? Hahaha
Kalau baby keluar harini.. Alamatnya 4 tahun sekali baru dapat sambut birthday. oh kesian nya Baby.

Kak Zura.. sabar ye. Kasi chance baby sambut birthday 1st March or later but EVERY Year. Not Leap Year.

28 February 2012

Today I start my day with...

A smack on the butt done by my bear :)

Malas nyer nak bangun awal pagi, sebab harini start Night Shift. Tapi bear nak bawak kopok lekor gi opis. So dia mintak tolong gorengkan..

Turun gi dapur, kuar kan kopok lekor. Panas kan cooking oil. Belah-belah kopok lekor tu... Bear pon tolong gak belah kopok lekor then Bear tolong gorengkan kopok lekor.... hehehe last-last bear yang kene settlekan sendiri kopok lekor tu.

Sori...Ayg just tukang test kopok lekor tu sedap ke idak. Anyway.. pandai bear goreng kopok lekor. Sedap.


Mood : Tak best... Petang ni Bear nak pegi Shah Alam. By the way.. sesape nak cari homestay yang best kat Shah Alam.. Bleh pegi blog ini  Homestay Section 9
Umah nye at Sek 9. Dekat je dengan Hotel Concorde. Nak pergi Giant pon bleh jalan kaki je.

09 February 2012

Holiday Mood

Esok AM syif then start cuti 5 hari. Khamis syif Malam. So kira cuti 5 hari setengah. Yea!! tak sabar!!!
Nak Balik jumpa Aijaz and  spend cuti kat KL. My brother is going back to Australia, he was lucky enough to receive a scholarship to study there ...  

I certainly am going to miss him and sad to see him leaving M'sia. But still.... 5 Days Off. Nothing beats that!!


 

02 February 2012

Resepi Asam Pedas

Bear request masak Asam Pedas pagi tadi. Dah 3 tahun kawen.... saya masih tak pandai masak lauk ni..
Saya masih teragak-agak nak masak ke tidak. Dah nak pukul 4 ni.. ikan pon belum kuar dari 'gobok air batu'.

Maybe tak kan masak lauk tu... Sori yer bear. Ayg tak nak pisang berbuah 3 kali.

01 February 2012

Kereta dihentam gate

Yer memang tak salah tajuk kat atas tu. Kereta dihentam bukan menghentam. Kawasan rumah saya  angin kalau bertiup bukan sepoi-sepoi bahasa tapi tak de budi bahasa langsung. Kuat yang amat sangat kekadang takut pula mendengar bunyi ia menderu dicelah tingkap.

Bila rumah ni dibeli, tiada rancangan untuk menukar gate, hanya bercadang untuk memasang auto-gate. Tetapi 'time kasih' kepada Homefair di Persada. Kami telah ter'booking gate baru pula menggantikan gate lama yang standard. Konon nyer bile gate besar nanti mudah lah kami nak parking 2 buah kereta sekaligus. Walhal kereta kami cuma sebuah aje.

Disebabkan kesilapan teknikal tukang besi ketika mengukur, kini gate yang dipasang tak boleh dibuka sepenuhnyer. Saya redha dengan keadaan gate tu, dah rezeki kami nak dapat camtu kan... Tapi yang tak best bile time nak buka gate time tu jugak angin bertiupan. Sebab bile dengan keadaan gate tak boleh bukak luas angin yang kuat tu boleh mendorong gate tertutup balik.

Kalau berdua oklah jugak, sorang bukak gate and tahan gate dari tertutup sebab angin. While sorang lagi drive masuk parking. Kalau sorang.. kuar bukak gate belum sempat masuk keta. Gate dah tertutup balik. Kekadang kene 2-3 kali keluar masuk kereta sebab nak bukak gate. Dan yang paling haru, bila dah setting baik-baik. tunggu angin reda. Baru drive masuk kereta separuh, datang angin dorong gate tu menghentam kereta. Dang!!!! dah tak sempat nak buat apa-apa just doa ia tak tinggalkan kesan yang teruk. calar tu memang tak boleh elak lah.

Keadaan ni dah berlaku banyak kali yer....

Gate yang tak boleh dibuka luas

Keadaan setelah ditiup angin
 Ia sangkut disini

Bajet untuk auto-gate telah tiada... Sebab dah ter'overwrite oleh Gate Baru ni.