30 March 2012

11hb April itu adalah KA @ Public Holiday

Blur

Jadual 2-15hb April dah dikeluarkan. Firstly, sangat pelik tengok kengkawan dapat KA pada 11hb April. Google 11hb - rupa-rupanya Hari pertabalan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, that's why lah cuti. 

Alhamdulillah, secara kebetulan 11hb tu cuti lepas malam. Public holiday or not, emang nya 10-12hb itu hari bersukaria tanpa menghadap orang sakit. Tapi bukankah saya layak dapat cuti ganti untuk 11hb itu. So need to inquire this with en.RZK

Satu lagi kemusykilan ialah untuk jadual hari 14hb. Kenapa ada 2 orang betugas pada hari tersebut, dan syif pagi pulak tu. Pagi Sabtu  OPD Mahmoodiah kan ada. Lain arr syif petang. Lagipun Syif petang ada waktu Zuhur, Asar dan Maghrib. Nak solat pun tak perlu rasa tergesa-gesa or MiSSED sebab ada orang cover. Kalau ada 2 orang bertugas hari Ahad pun baik. Sebab hari ahad, ramai patients daftar untuk repeat FBC. Bingit arr telinga ni nak dengar keluarga patients membebel sebab tunggu lama just because pesakit hanya datang untuk amik darah je. Jabatan ni mendahulukan KES KECEMASAN ye... BUKAN kecemasan, sila bersabar.


26 March 2012

Saya Perlukan Bag Baru

Last Year, saya beli Blackberry Playbook secara online dengan kawan saya yang bermastautin di US. Saya takde masalah pun menggunakan Playbook. Penggunaan dia mudah, kualiti video nya cantik. Cuma yang tak best, certain software dia kene beli. Saya tak kisah sangat pun, sebab saya guna hanya untuk FB, Youtube dan game yang simple untuk Aijaz.

Tetapi Bear sangat lah teringin nak guna Ipad 2. Asyik pujuk saya jual Playbook dan beli Ipad. So last month, bear jualkan Playbook tu via Mudah.my dan belikan Ipad2 (dia tambah duit sket). Di sebabkan saiz Ipad lebih besar daripada Playbook, saya dah warning awal-awal kat bear yang saya nak handbag baru. Supaya muat masukkan Ipad dalam beg nanti.

Sampai ke harini saya tak berkesempatan nak beli bag baru. Saya tak berapa gemar beg yang sangkut kat bahu. So saya tengah cari jenis crossbody, sling bag or messenger bag. Pilihan warna.... huhuhu mata ni mudah sangat berkenan kat colour pink or purple.

Saiz :
11.5" x 8.5"
28cm x 21cm

Ada blogwalking beberapa blog jual beg. Tapi harganya diluar budget saya. Maybe kene buat OT banyak-banyak baru boleh beli kat situ.



 

24 March 2012

Tabung Baru Aijaz

Tabung ini Ti bibah yang belikan untuk aijaz. Ianya tabung aijaz yang kedua. Tabung pertama dah penuh, dah jatuh pecah dan duitnya dah selamat tok mak simpan kat tabung haji aijaz.



Actually aijaz bongkar bag crocs mummy and jumpa coins, so mummy suruh aijaz masukkan dalam tabung



Cari lagi coins dalam beg crocs



Coins dah takde tapi jumpa duit singgit. Duit kertas tu ambil masa lama sikit untuk masuk.

Sambil menabung, mummy dapat stimulating aijaz's fine motor skill. Penat guna tangan kanan, aijaz guna tangan kiri. Dia akan berusaha masuk kan coins tu dalam tabung. Tetapi aktiviti ini perlu adult supervision sebab aijaz ada tendency untuk masukkan coins tu dalam mulut dia.

Lepas dah berjaya menabung. Aijaz akan kiss mulut tabung itu :) tapi takde picture lah pulak.

- Posted using BlogPress from my iPad

23 March 2012

Petpet Combo Pack





Tadi pegi shopping kat tesco sri alam. Tak bercadang pon nak beli diapers, sebab kat rumah BP stock diapers masih banyak lagi. Tapi ternampak promotion ni, so belilah 1 bungkus. Bear suruh amik lagi 1 bungkus saiz XL. Tapi saya rasa membazir lah. So amik saiz L aje.
Dalam ni ada 51 keping Petpet and 17 keping Babylove night so total 68 keping. Harga nya cuma RM33.90 aje. Thanks Petpet sebab keluarkan combo pack ni, boleh lah aijaz merasa pakai babylove.

Nota kaki : sangat tak berpuas hati dengan kualiti gambar dari camera ipad. Tetiba rindu kat camera playbook yang sangat HD itu.



- Posted using BlogPress from my iPad

21 March 2012

Latest Family Picture

Tak lah latest sangat. Tapi its the only current one we got. Family BP datang stay for a few days kat umah kami masa festival layang-layang.





Masa ni aijaz dah nak balik Bp. Mummy plak baru balik dari keje syif malam. Babah baru bangun tido... Lom mandi lagi. Huhu kenapa post gambar yang sememeh nie?.. Sukahati haku lah. Bukannya selalu kami berpeluang macam ni.

- Posted using BlogPress from my iPad

19 March 2012

Aijaz di Tasik Y, Batu Pahat

Pagi tadi, tok ayah bawak aijaz, mummy and tok mak pergi jogging kat Tasik Y. Tapi Mummy just temankan aijaz main-main.

 Aijaz suka terowong ni dan tak takut nak explore sensorang

 Wheely barulah best!!

All Time Favourite "Buai Laju-laju'
 
 
 Vroom-vroom ni pun seronok

 Nak cuba panjat naik...kat atas tu ada slide

 Mummy tolong!! kaki aijaz sangkut..
First time manjat, memang kaki sangkut. Try sekali lagi dapat naik and dapat turun slide. Tapi tiada picture sebab mummy sebuk berkejar ke ujung slide nak sambut aijaz. Rupa-rupanya aijaz tak takut pun turun slide. Dah turun slide, cepat-cepat nak panjat sekali lagi.

18 March 2012

Harini stress dengan pegawai yang bertugas kat kaunter Triage

Sangat sangat benci dengan pegawai tu sebab tulisan dia amat! amat! BURUK!!!

8 nampak 3

0-2-6 susah nak identified.

4 dengan 9 pon susah nak beza.

overall memang sangat tak suka bekerja pada pagi ahad ni.

15 March 2012

Aijaz and Dariyah

Dariyah is my cousin's daughter. Looking at them, makes me thinking bout having another baby. preferably a girl ;)




Aijaz nak salam Dariyah




salam adik






Mencuba walker aijaz

Updated by iphone

02 March 2012

Jambatan Kedua Permas dah boleh dilalui

Pagi semalam masa balik kerja lalu Jambatan Permas menghala ke Permas Jaya, tengok jambatan kedua tu masih belum boleh digunakan. Jammed sampai ke SHELL. Syukurnya sebab tak kerja waktu devided.

Then malam nye masa nak pergi kerja, rasa happy sangat Jambatan Kedua Permas dah boleh lalu. Meluncur laju naik atas bridge tu. Tapi kegembiraan tu tak lama. Sebab turun dari jambatan jammed kat intersection Tmn Bayu Putri. huhuhu

Walau apa pun, rasa syukur lah sebab jambatan dah siap walaupun lambat daripada tarikh yang dijangkakan iaitu Mid Feb. Maybe pagi ni Highwal EDL dah boleh guna. hahaha wishful thinking aje.

Lagi setengah jam nak balik TIDO. Ngantuk. Patut nya ini Syif Malam terakhir then cuti 3 hari. Tapi kene OT malam sampai ahad ni. Nasib baik azhan rajin nak buatkan malam sabtu. ai tak larat ah nak buat 6 malam. Kesian gak kat azhan, yelah sabtu tu dia syif petang pastu nak sambung malam = 17 jam bekerja. Sori Azhan and TQ banyak-banyak.