Lilypie First Birthday tickers

30 April 2012

Turun... Turun dan moga terus turun.

 Sekarang ni berada di tempat keje. So pakai je timbang kat spital ni.


Jeng! Jeng! Jeng! Kalau tengok betul-betul, jarum tu jatuh kat 64.5kg. Turun 1.5kg, sebab beberapa hari lepas timbang kat sini tunjuk 66kg.


Masa masuk 1st entry aritu, memang tengah santai kat umah BP sebab off 5 days. Adelah jugak buat senaman ringan-ringan/ brisk walk sebab tak nak badan terkejut. Itupun dah ngaduh sakit otot kaki, serta ada chafing kat inner peha ni.

Bile start keje, memang dah takde buat senam. Tapi makan tetap jaga. Dh tak minum air manis. Banyakkan minum air kosong. Breakfast memang heavy, tiap2 hari nasi ambang :) Perut ni dah biasa dengan cara jawa lah. Tapi kalau lunch selalu terlepas.. sebab jabatan ni busy sangat. Lagipun keje syif kat spital mana ada masa rehat. Pandai-pandai lah kami curi masa untuk solat/makan/PU&BO. hehehe

So kalau lapar time keje, saya makan jambu tanpa asam  kekadang beli burger benjo, just makan telur and roti yang bawah tu aje. For dinner, since this week tak masak sebab kene keje double syif, balik pon dah nak dekat pukul 10 malam. Badan pon dah penat, kami suami isteri makan kat kedai je. Saya order air kosong + nasi putih + sup sayur + telur dadar.

And lastly, saya makan VCO Catalyst 1 pagi 1 malam. Tu je kot rutin saya minggu ni. Maybe kalau tambah dengan senaman mesti lagi banyak turun gram tu.


24 April 2012

Berat dah sama dengan masa hari deliver Aijaz

Sabtu aritu, lepas syif malam... balik BP konon nya nak amik Aijaz then bawak balik kampung mentua kat rengit. Seperti biasa... teguran pasal gemuk tetap ada daripada family. Cek berat kat scale umah BP 65kg. ohh patut arr banyak baju yang tinggal kat umah dah tak muat, rupanya naik lagi. hehehe
Mintak tolong mak ukur dengan tali tape...
Perut - 38.5'
lengan - 14.2'
Punggung 41.1'
Dahsyat kan... dengan ketinggian 152cm and berat cenggitu. BMI 28.13.
Nak komited kat VCO pun susah. Asik lupa je. Agaknye tu yang kadar metobalisme turun.
Masa awal tahun ade timbang berat gak...  try diet. Tapi berat jadi turun naik. hehe
Nak start diet and mengamalkan gaya hidup yang sihat lagi. Harap usaha kali ni menjadi.




20 April 2012

Aijaz Punya : Shoes


I absolutely love his cute feet.





I dont buy expensive cloth or footware for myself. But when it comes to my
baby, i do my best to make him look good. And that include his shoes.
I find pleasure in dressing him up. That's why i dont mind investing my
money on some good brands.

After seeing aijaz parading around in Poney's shirt, Oshkosh's jumper and
Combi's shoes..... I totally get it now on what a friend said bout "Biar
mak nampak cam bibik, tapi anak tetap bergaya"




Aijaz Si tukang serak

- Posted using BlogPress from my iPad

19 April 2012

Nak Deko rumah ?? Takde Idea lah.

Lately, bear kept pestering me about decorating our home. Ok.. saya admit, saya bab deko-deko ni memang fail lah. I really-really want a minimalist style. Tapi saya seorang yang clutter with hoarding problem... sound extreme right., hehehe.

There's a few idea or style that i had in mind but with our financial situation, i dont think it could happend in a near future. So this i present to you, our current living room.

Nampak berselerak tak? Takde Carpet.. just guna toto and beralaskan tikar. Sofa L 3 seaters hadiah drpd ayah masa duduk kat umah sewa di Tmn U. Bakul merah berisi baju-baju yang belum dilipat. Kelihatan Yoga Ball di jadikan tempat duduk jugak. Rocking Chair sengaja diletak disitu untuk mengelakkan si Aijaz main power point kat belakang kerusi itu. TV tu diambil dari rumah nenek saya. (Nenek upgrade kepada LED Flat Screen). Coffee table pon  diletak di sudut situ kerana nak elak kan power point dibuat main si Aijaz. 


Ni set sofa idaman saya.. L Shape yang panjang. Picture boleh refer kat Mudah.my
Actually rumah ni just selang 2 rumah dari umah Tok Aijaz di BP. Dengar2nya, owner nak jual umah ni dengan harga 400k


Berangan-angan itu memang indah... tapi nak merealisikan nya memerlukan daya kreativiti yang tinggi dan $$$. Saya juga terfikir untuk beli perabot terpakai aje. Jimat and value for money. Hehehe


Oh yer... saya juga takde idea nak buat langsir camne untuk master bedroom. Sebab tingkap dia sangat pelik. Kita akan kupas this matter in the next post. For the time being.. let me continue my day dreaming :p



16 April 2012

Hati tetiba menjadi sayu

Serious memalam buta ni... Tetiba hati jadi sayu n hiba. Air mata dah start bertakung pon bila tengok the empty spot kat tengah-tengah katil ni.

Dah takde budak kecik tido melintang (kepala tonjol babah, kaki tendang mummy). Takde lagi cakaran yang memedihkan disebabkan kuku dia yg nipis tu. Takde jugak badan gebu tido duduk bersandar kat badan mummy. Tiada juga suara merengek minta susu di awal subuh. Dan takde jugak bunyik "kecek-kecek" kuar dari mulut munggil dak kecik itu. Jangan ditanya pe maksud "kecek" saya pon tak tau ;)

Eventhough belum sampai 24 jam aijaz balik BP.... Im already miss him reAlly really bad.




- Posted using BlogPress from my iPad

13 April 2012

Happy 27th Birthday Mr Bear



Kronologi Umur

20 tahun - Berkenalan menerusi Forum Lelangau.com
22 tahun - Dia tunangan saya.
23 tahun - Dia suami saya. (saiz seluar 36)
25 tahun - Selamat menjadi babah kepada anak saya.
26 tahun - Bought his 1st home.
27 tahun - Saiz seluar 42 :)

Still and always love him. Insya Allah. Amin

- Posted using BlogPress from my iPad

My aijaz

Tak sure patut upload this, here or not. But what the heck... I dont have that many readers.



Surely i'm going to miss this momment.

05 April 2012

Ratu anai-anai ada disini

Bila ada ratu adalah anak-anak buahnya.
Bulan lepas adalah dengar bunyik krek...krek datang dari lemari kat masterbedroom. Dah bagitau kat bear pasal bunyik2 tu. Semalam dalam tengah malam gitu, pasan bear turun masuk store cari barang. Then dengar bunyi spray kat atas.
Rupanya bear jumpa highway anai2 kat tepi lemari tu. Nasib baik baru lemari je kene, katil king kami belum lagi derang sampai.


Nampak cam sket je kan..


Dah tak cantik tepi almari haku.


Pagi tadi masuk bilik tido lain, konon nye nak kemas arr.. sempena nak nyambut kedatangan keluarga BP nanti. Sekali kat bilik ni dengar gak bunyik2 yang sama. Tak sedap ati. Terus selak belakang meja solek. Lar... lagi teruk highway anai2 kat sini.

Yang itam tu bucu katil kayu.


Tarik katil, nampak ni. Huwaaa kes berat tuh.
 
Cepat-cepat call bear informed pasal penemuan ni. Bear janji nak panggil orang. Jawab nyer kene korek tabung lah pasni.

- Posted using BlogPress from my iPad

04 April 2012

Aijaz Punya : Drawers Baju

Dulu berangan kalau dapat baby girl nak beli cute wordrobe cam kat bawah ni. Nak hanged dress n gown yang comel tu nanti.

Tapi Aijaz takde gown, so terpendam lah angan-angan tu. Masa 3 bulan pertama, baju aijaz taklah banyak sangat. Saya letak dalam bakul je. Bila dah masuk kerja, aijaz tinggal dengan grandparents.

Hmm.. lama-lama stock baju aijaz makin banyak especially overall. (Lain kali cite lagi). So Tok ayah belikan drawers/dresser ni and letak kat bilik dia untuk simpan baju2 aijaz. Ini barang pre-loved so harganya tak semahal kalau beli kat IKEA.
Baru lepas mandi, disuruh pilih baju. Tengok, keta ambulan dia tak lepas dari tangan. 
Time mandi pon bawak ambulan.

 Hmmm.. mana satu pilihan hatiku.

 Aijaz  : Nah, mummy...
Mummy : Errk.. ni seluar tido lah sayang. :p

Baju dah amik. Tutup drawer nye.

Ada sekali tu, saya tutup drawer pakai kaki. Budak kecik tu nampak. Cepat-cepat si aijaz ni bukak balik drawer dan tolak tutup pakai kaki dia jugak. Adoi! Salah ajaran ler plak.

PS : Saya akui drawers Ikea Mammut ni memang best. Cat colour biru tu menarik dan mudah dibersihkan kalau terkena kotoran. (Dakwat pen tak cuba lagi). Drawer nye senang ditarik keluar-masuk, takde sangkut-sangkut, smooth aje. Kalau ade parents yang berminat untuk deko bilik dengan Ikea Mammut, I say Go For It! Just prepare $$$ aje.  :)