Lilypie First Birthday tickers

03 October 2011

It's not much but it's home :)

Semalam, after hantar saya pergi kerja... Bear pi jumpa agent rumah kami dgn harapan dapat pinjam kunci rumah nak masuk amik gambar and lihat barang2 yang perlu dibeli nanti. Kami bercadang nak pergi Homefair di persada minggu ni. Skali tanpa disangka-sangka agent tu terus serah kunci kat bear and cakap kalau nak bersihkan rumah and pindah masuk pon dah boleh. Actually proses pindah nama rumah ni belum pon siap tah mana silap nyer... bear ade citer kat saya cuma saya tak reti nak explainkan kat blog ni.


Long story jadi short, bear terus call saya nak mintak nombor tepon contractor yang dia nak hire utk renovate umah ni. Saya try call kawan saya tapi tak dapat plak. Seb baik teringat pasal blog dia. Google then cepat2 sms balik pada bear no contact company itu.

So tadi bear explain pasal kos-kos yang maybe kami perlu sedia kan untuk renovate rumah nnt. Nampak nyer terlebih plak dari jangkaan saya. Saya offer diri buat personal loan untuk cover kos reno tu, tapi bear tak setuju. Tengok lah camner nnt. Maybe kene buat siket-siket dulu. Insya ALLAH. Semoga dipermudahkan segala urusan.

Tetiba teringat plak pada barang-barang yang kami dah letak deposit pada Homedec yang lepas. Masa nak membeli tak terfikir pon jumlah sebenar yang kene bayar nanti. hahahah bulan ni bulan berjimat cermat lah nampak nyer.

 
Nah... ianya bukanlah rumah banglo 5 bilik dengan laman yang luas. (insya Allah next property maybe) dan abaikan pondok merah itu. huhuhu. Terima Kasih kepada bear yang telah bersusah payah mencari dan me'nego'. Syukur Alhamdulillah kerana Allah telah mempermudahkan urusan kami. Terima kasih gak kepada agent kami en Azman. Tak lupa jugak kepada contarctor kami yang sudi datang walaupun dipanggil secara mengejut. Maaf yer sbb mengganggu masa santai bersama keluarga dihujung minggu. Tapi memang kami salute and rekomen kan kepada sesiapa jua yang sedang mencari khidmat contractor berkaliber.

Bear saya memang telah pun jatuh cinta pandang pertama pada hasil kerja mereka sejak saya di'tagged' pada album mereka di FB. (nampak tak kelibat contractor tu sedang memanjat dinding) Mereka boleh dihubungi di sini Qash Maju Enterprise .

30 September 2011

September's Post

Hari last for september 2011. Raya Aidilfitri pon dah tamat. So far Bleh tahan lah raya tahun ni even though seminggu awal raya tu kene kerja.
Yang tak best, this week for the 1st time, aijaz  kene batuk and running nose. Jangkit dari tok ayah. Before ni even demam, aijaz tak de kene batuk2 or flu. Kesian plak dengar dia batuk. To add more kesian... aijaz tak nak tido dgn mummy dia. He just want his tok ayah. Double bummer for mummy. Nampak sangat Aijaz dah terlebih attach pada grandparents.
Takpe lah baby... asal awak bahagia and selesa.

18 August 2011

Saya tak sempat bersahur

Saya bangun lewat pagi tadi. Sedar-sedar jam dah pukul 5.54am. Terkilan sebab semalam bersusah payah menyiapkan lauk daging itu. Yelah, sampai rumah dah nak dekat pukul 10pm. Tapi memikirkan no lauk sahur, so masak lah juga. Lepas masak, badan dah penat sangat tertidur depan TV. Tak sempat nak set alarm sudah pun belayar.
Maybe nasi yang tak sempat dimakan itu akan saya goreng kejap lagi. Boleh buat berbuka di tempat kerja nanti. Harapnya timbul kerajinan untuk menggoreng.
Selingan sempena bulan Merdeka, rumah saya sekarang sudah berbendera Jalur Gemilang. Walaupun benderanya kecil sahaja, masih berbangga dapat mengibarkannya. Rasanya bendera ini saya dapat ketika masih bekerja di Putrajaya. Tengah mengemas kabinet, terjumpa pula bendera ini dalam salah satu laci. Ikat pakai tali rapia saja. Harap-harapnya tak dicuri oleh budak-budak yang lalu lalang depan rumah nanti.


Google Translate

Malay to English translation

I got up late this morning. We were at at at 5.54am. Aggrieved because yesterday struggled to complete the meat dish. Yup, I want to close up the house at 10pm. But think of no meat watches, so it is well cooked. After cooking, the body is asleep exhausted at the front of the TV. I could not set alarm has already sailed.
 Maybe I could eat rice that comes back to my cooking. Can be made fast at work later. Hopefully there crafts for frying.
 Distraction during the Merdeka month, my house is now flagged Durian. Although only a small flag, still proud to mengibarkannya. I think this flag I could while still working at Putrajaya. Central to update the Cabinet, will find this flag in one drawer. Tie a rope rapia wear only. Hopefully not stolen by the boys passing front of the house later.

hahaha! dah xde keja sangat lah ni!!

09 July 2011

9 Julai : Birthday saya

Harini Birthday saya yang ke 29 tahun. Takde celebration or hadiah diminta. Minggu ni sangat busy... Syift malam lepas tu sambung Syif petang. Esok Double plak. Bear balik kampung rengit sbb mbah buat yasinan.
Tak terfikir nak hadiah sbb nak kumpul duit utk renovate rumah bila dah dpt kunci nanti. Lagipun frust sebab tak dapat ikut adik-adik pergi S'pore.

Ini auto-post sbb time publish nanti saya tengah sedang nyenyak tido. Sambil itu layan pic Aijaz buli abg Sitam.




08 July 2011

Mood Korea : Baby-faced Beauty

Sape layan cite korea?? Dulu kalau nak tengok cerita korea, saya selalu pi this website Jacinda. Tapi leceh sebab kene tunggu dia buffer then cite pendek 10min-10min jer dulu.
Secara kebetulan bear saya pun mengikuti Drama Baby-Faced Beauty ini, so dia telah mengambil inisiatif utk mendownload full episode 1-18. Kat mana dia download... ntah saya pun tak tanya. Skang saya tengah tunggu bear downloadkan epi 19. Tak Sabar nyer.

Comel kan Jang  Nara..

Sebab ada Jang Nara lah saya layan cite Babyface Beauty. Start minat dia sejak tengok My love Patzi. Well actually sejak tengok My love Patzi lah saya mula mengikuti Drama Korea. Saya even beli kaset lagu Jang Nara sbb minat sangat kat Jang Nara. Dulu kaset masih popular yer.

Ok ler... nak tengok Aijaz yg start nangis. bye