Lilypie First Birthday tickers

16 August 2018

16/8/2008 - 16/8/2018 , we made it to double digits.

Harini kami menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke -10.
Tapi tak ada candle night dinner ke apa-apa yang special sebab mami kene keje malam.
Tapi Babah did bring mami to SOTO STATION that evening for dinner.
Babah had the super delicious Soto Kambing Special, mami order Soto Ayam Biasa sebab mami takde selera makan sangat sebab penat kerja malam semalam belum hilang lagi. And I had so many things in my mind lately, especially fikirkan mana nak transit Si Simon masa kami nak berpergian this coming saturday.

Luper nak Update, Simon is our adopted stray cat that mami save him dari longkang. Nothing much to say but that cat is our new bundle of joy. A good and heart warming additional to our small family, but sometimes can be really a pain in the ass literally peeing everywhere making mami clean up his mess afterward. Sameon nama kampung dia. (Kalau bawa balik rengit)

We're  going to KL this weekend to see the newest addition to Hafiz's family. Iba and Razi new baby girl. Aisha rasanya nama dia. Razi belum buat surat beranak. So the name is still not official yet. Really happy for them and the baby is my  first nieces in my family side after 2 nephews.
So to count Cucu atok and nenek yang terkini.
Aijaz, Umar , Xavier and Aisha. Love them to bits.

Let's update a few pictures.


Simon @ Sameon (first day with us)


16/8/2008


Raya 2018 (Babah , Aijaz, Simon , Mami)



ATok dengan Aisha


Simon (today) baru lepas kene cucuk. Mami terlepas appointment his third Vaksin, so had to start all over again. Burn mami punya pocket. 


31 December 2014

Good bye 2014 & Happy 4th birthday to my dear Aijaz

A year goes by without any update. Blog sunyi sepi. So this going to be my first and only update i'm gonna make for this year :)

So much has happened this 2014. None of it make into this blog due to my laziness and etc.

But one things i don't want to forget is wishing my Aijaz "happy birthday sayang" and sorry b'cos mami and babah cannot be there with you on your birthday today. i'm not sure if one day you gonna read this. Please know this that, i'm trully regret that we still cannot bring you here stay with us in Masai. We felt that you will live a better life if you stay with Tok and Mak. Surrounded with all the loving you will received from them and your uncles and aunties.

Seen through facetime via skype just now, i know you had a great birthday party, Thanks to family in Batu Pahat. We owe you so much.

Much love from mami and babah.


17 July 2013

Genap 6 tahun 1 hari

Pagi 16 July 2007, dengan ucapan bismillah dan doa selamat perjalanan. Saya bergerak dari Sri Kembangan menuju ke Putrajaya untuk melapor diri di KKM. Di dewan itu lah saya berpeluang mengenali 2 sahabat yang kemudian nya menjadi housemate saya selama hampir 2 tahun.


Walaupun cuma sempat berkhidmat selama setahun lebih di Bahagian Kewangan KKM. Tapi pengalaman manis, rakan2 yang best serta bos2 yang sporting membuatkan saya masih merindui suasana bekerja disana. Tapi tanggungjawab sebagai isteri untuk disisi suami membuat saya pejamkan mata dengan keseronokan dan berpindah ke Johor demi suami tercinta.


Lebih 4 tahun berkhidmat di jabatan sekarang. Lebih banyak pengalaman yang menjengkel dan menyakitkan hati terkumpul disanubari ini. Perasaan marah seringkali terbawa-bawa ke rumah dan encik suami lah jadi mangsa lepaskan geram. 


Pernah ditanya pada suami adakah dia mampu menanggung keluarga kalau diri ini berhenti kerja. Tapi jawapan yang diterima membuat saya berfikir berkali-kali. Tak sanggup rasanya bila memikirkan tidak lagi dapat memegang duit sendiri. Tak sanggup untuk berpisah dengan aktiviti Retail Terapi :)


Mendengar berita seorang rakan disini bakal resign. Membuat saya terfikir opsyen lain untuk meninggalkan kerja yang stress berlevel tinggi ini.  Maybe hantar borang transfer. Atau sambung belajar sepenuh masa. Atau ambil cuti menyusukan anak. Tapi opsen ketiga tu belum ada rezeki lagi. Atau pun apply SPA untuk jawatan lain. Boleh ke?


I'm afraid.. that i may no longer can cope with the stress and depression working in ANE. I develope feelings of resentment towards a few people i'm working with. Sometimes i feel like stabbing some of these 'difficult ppl' that i've to deal with. But at the same time, it did cross my mind if  i leave this place. I may end up in much more worse situation than this. 


Ya Allah, please give me the strength and patience to face this hard part of my life. Teach me how to love other people. Please give me relief from my worries. Amin Ya Rabbal Alamin.









05 May 2013

1st May. A quick lazy update

Atlast i am updating. Few month have been past for 2013.





My aijaz wore his tok ayah's sock.
Looks like football player sock.
Aircond is a must during this hot weather.
Nap time.
Dah janji dengan dia. Kalau tido... Petang nanti mummy bawak dia jumpa alia, his cousin. My kakak ipar punya doter.

- Posted using BlogPress from my iPad

31 December 2012

31 Disember 2012

Dah lama tak post something, before kalender bertukar, better ai post ni.

A mini recap on 2012.... Not from januari but august jer.

August




Raya... Mcm last2 year kene kerja jugak. Tapi nasib baik tahun ni syif malam. So abis kerja, terus amik bas balik bp then petAng balik semula jb. So dapat lah merasa gak ketupat rendang mak. Gambar atas tu, time raya ke4. Tengah setting nak amik family picture. In picture ' aiman, sara, aijaz'

September

Not much has happend here

Oktober




Terbang ke langkawi, family trip. Thanks to my dear family for making it happend. Walaupun hampir tertinggal flight masa nak pergi. Tapi kami tetap jua sampai. Pengalaman paling best of course lah naik bot keliling pulau. Singgah 2 pulau dan dapat tengok eagle. Too bad aijaz dah tido time tu. Takpe lah lain kali kita pergi lagi yer. In picture, babah n aijaz 1st time naik aeroplane.

November..

Uhhh... 11.11.12 seram bila fikir. Mujur kami selamat.




Disember




Wedding adik saya.. Yehh. Skang dah 2 adik ipar. Gambar taken during majlis belah kami. Majlis bertandang baru jer berlangsung semalam di perak... Nak hapdet apa lagi yek. Oh currently no plan how to celebrate birthday aijaz. Dunno if have time, adik bungsu nak balik australia malam ni. Celebrate kat klia je lah kalo camtu :)

Ok bye.

- Posted using BlogPress from my iPad

13 September 2012

Sentiasa Senyum

itu polisi kerajaan negeri johor yang terpampang kat kaunter ni..


19 July 2012

16 July 2012

Tolong catat.... ini tarikh cinta.

L


M


P

28 June 2012

Meroyan pasal ahjumma episod 71 dan 72

Review sket untuk miss ajumma kat astro tadi.

Si sae mi tu mengharap sangat see hon, mak kandung joon wo bgtau pasal hubungan anak beranak tu. maybe saemi nak see hon suh joon wo jangan kawen dengan geum hwa dan acknowledge yoo bin sebagai anak dia. Saemi pon dah bikin geum hwa jadi tak keruan pas dapat tau si yoo bin tu anak kandung joon wo hasil one night stand 8 years ago.

Saemi mengupah orang untuk palsu kan dokumen paterniti test. Pastu post result dna tu kat opis blue ad dan opis see hon. Geum hwa yang tengah pendek akal tu menggigil terkejut tengak result palsu yang konon 97% dna joon wo dan yoo bin matched.

Geum hwa nak terus kan berkahwin dengan joon wo. Malah dia nak tarikh dipercepatkan. Tapi dia tak bagitau pon kat joon wo pasal dna result tu. (sengal sangat)

Kawan geum hwa, si heon (apatah dah lupa) advice geum hwa break up je dengan joon wo sebelum mereka bercerai di kendian hari.

Ps : apa masalah nye kalau yoo bin anak joon wo. Wat pe nak tangguh kawen just because of that anak beranak tu. Dulu saemi pun goda kyung se walaupun Tau kyung se ada dan bi.

Hoi geum hwa jangan lah buat haku suspens. Sila bagitau joon wo pasal paterniti test tu.

Sekian terima kasih.


- Posted using BlogPress from my iPad

26 June 2012

Miss Ahjumma di ONE HD ch393

Dah lama tak update blog... Tetiba berblogging pasal cite korea plak. Skang tengah giler melayan cerita ini.




Just nak meroyan kejap... Sebab geram sangat dengan si Sae-mi. Geram gak kat mak geum-ha dan Geram kat geum-ha sebab biarkan diri dia disusahkan oleh saemi. So what if yoo bin anak joon woo (walaupon penonton tau yang mereka bukan anak beranak) Terus kan jelah perkahwinan tu tanpa ragu-ragu. Dulu saemi pun kawen dgn kang ho walaupun tau dia ada dan bi. Tak payah nak emo-emo.

Tak sabar nak tunggu malam esok. Harap dapat tido kan aijaz awal. Bleh lah layan ahjumma dengan aman.

Ps : Ahhh sangat suka jugak scene pertaruhan sms I Love U daripada kekasih masing-masing. Rasa macam nak send bende yang sama kat bear. Cuma takut tak dapat feedback yang di harapkan. Nanti kecewa plak. Hehe





- Posted using BlogPress from my iPad

23 May 2012

23hb hari gaji

Alhamdulillah. Staff govt arini gaji. Pepagi lagi dah online maybank2u untuk transfer sket rm ke bank lain. Tengahari after lunch, siap-siap nak gi tabung haji. Sebab bear dah pesan suruh masuk kan coins dalam tabung dia ke akaun aijaz.

Kali ni duit yang dalam tabung tu kene melalui saringan terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam mesin syiling. Staff bank tu cakap skang bank negara dah tak terima duit syiling 1 sen dan duit yang hitam/kotor.



Total $ yang dikira ialah rm107.25, alhamdulillah rezeki aijaz. Tapi of courselah mummy top up sket sebelum update buku bank.

Settle urusan bank. Singgah The Store untuk renew kad ahli and updAte alamat umah baru. Beli gak stock susu dumex aijaz untuk sebulAn. Ingat nak cari pampers tapi mahal ler plak harga kat situ.



On the way balik... Singgah pejabat pos sebab baru pasan sebelum kuar umah tadi, driving license tamat tempoh harini. So gi renew buat 3 tahun je. Sebab cash dah tipis. Ayah suh pegi JPJ... Bleh tukar gambar kat lesen tu. Saya tak berminat nak tukar gambar lesen... Sebab gambar kat lesen tu sangat cute. Hahaha.


- Posted using BlogPress from my iPad

Location:Batu Pahat

14 May 2012

Minggu ni...berat saya turun 0.5kg

Mak Aaihh!! Dari pukul 9pm saya masuk kerja sampai lah sekarang 4.02am, kerusi kat A&E ni penuh... yang berdiri pon ramai. Apa lah yang best sangat datang sepital memalam buta ni... kalau takat batuk, tolonglah jangan datang time cenggini kesian kat kes yang betul2 emergency. Oh please... ingat kitaorang tak tau taktik korang yang cuma nak MC je. 

Anyway  Since dah masuk senin, nak update lah berat minggu ni... berat dah mencapai 52.5kg. Actually tak sure 52 ke 53kg. So amik yang tengah-tengah. 

Mak dah tegur peha nampak kecik sikit. Tapi perut tetap boroi. Tak pasti apa yang menyebabkan berat turun. Maybe sebab dah kurang minum air manis. I have to admit lah sugar is a huge part of what's making me fat. Biasa nya kalau syif malam... mulut ni tak stop kunyah gegula or coki-coki.. air mesti 100 PLus perisa orange. Tapi sebab diet punya pasal... semua kudapan-kudapan sedap tu terpaksa dilupakan. 

Next week after gaji... nak beli timbang digital. 


Tengah bendera jepun  ni. LMP 12 Mei 2012. Catatan supaya senang nak kira ovulation period. Cewahhh!!





07 May 2012

Tu dia 63kg..... Hari-hari sup sayur beb...
Senam pun yang ringan2 je.
Vco and slimming patch.




- Posted using BlogPress from my iPad

Location:Turun lagi.... Lega... Senyum...

04 May 2012

Nak update berat

Just short entry. Tadi baru je lepas timbang berat lagi. jarum macam dah jejak 64kg. Tak snap pic. Sebab segan dengan doktor yang berkeliaran kat ruang green zone tu. hehe
 Tetiba rasa nak beli timbang digital lah.

30 April 2012

Turun... Turun dan moga terus turun.

 Sekarang ni berada di tempat keje. So pakai je timbang kat spital ni.


Jeng! Jeng! Jeng! Kalau tengok betul-betul, jarum tu jatuh kat 64.5kg. Turun 1.5kg, sebab beberapa hari lepas timbang kat sini tunjuk 66kg.


Masa masuk 1st entry aritu, memang tengah santai kat umah BP sebab off 5 days. Adelah jugak buat senaman ringan-ringan/ brisk walk sebab tak nak badan terkejut. Itupun dah ngaduh sakit otot kaki, serta ada chafing kat inner peha ni.

Bile start keje, memang dah takde buat senam. Tapi makan tetap jaga. Dh tak minum air manis. Banyakkan minum air kosong. Breakfast memang heavy, tiap2 hari nasi ambang :) Perut ni dah biasa dengan cara jawa lah. Tapi kalau lunch selalu terlepas.. sebab jabatan ni busy sangat. Lagipun keje syif kat spital mana ada masa rehat. Pandai-pandai lah kami curi masa untuk solat/makan/PU&BO. hehehe

So kalau lapar time keje, saya makan jambu tanpa asam  kekadang beli burger benjo, just makan telur and roti yang bawah tu aje. For dinner, since this week tak masak sebab kene keje double syif, balik pon dah nak dekat pukul 10 malam. Badan pon dah penat, kami suami isteri makan kat kedai je. Saya order air kosong + nasi putih + sup sayur + telur dadar.

And lastly, saya makan VCO Catalyst 1 pagi 1 malam. Tu je kot rutin saya minggu ni. Maybe kalau tambah dengan senaman mesti lagi banyak turun gram tu.


24 April 2012

Berat dah sama dengan masa hari deliver Aijaz

Sabtu aritu, lepas syif malam... balik BP konon nya nak amik Aijaz then bawak balik kampung mentua kat rengit. Seperti biasa... teguran pasal gemuk tetap ada daripada family. Cek berat kat scale umah BP 65kg. ohh patut arr banyak baju yang tinggal kat umah dah tak muat, rupanya naik lagi. hehehe
Mintak tolong mak ukur dengan tali tape...
Perut - 38.5'
lengan - 14.2'
Punggung 41.1'
Dahsyat kan... dengan ketinggian 152cm and berat cenggitu. BMI 28.13.
Nak komited kat VCO pun susah. Asik lupa je. Agaknye tu yang kadar metobalisme turun.
Masa awal tahun ade timbang berat gak...  try diet. Tapi berat jadi turun naik. hehe
Nak start diet and mengamalkan gaya hidup yang sihat lagi. Harap usaha kali ni menjadi.




20 April 2012

Aijaz Punya : Shoes


I absolutely love his cute feet.





I dont buy expensive cloth or footware for myself. But when it comes to my
baby, i do my best to make him look good. And that include his shoes.
I find pleasure in dressing him up. That's why i dont mind investing my
money on some good brands.

After seeing aijaz parading around in Poney's shirt, Oshkosh's jumper and
Combi's shoes..... I totally get it now on what a friend said bout "Biar
mak nampak cam bibik, tapi anak tetap bergaya"




Aijaz Si tukang serak

- Posted using BlogPress from my iPad

19 April 2012

Nak Deko rumah ?? Takde Idea lah.

Lately, bear kept pestering me about decorating our home. Ok.. saya admit, saya bab deko-deko ni memang fail lah. I really-really want a minimalist style. Tapi saya seorang yang clutter with hoarding problem... sound extreme right., hehehe.

There's a few idea or style that i had in mind but with our financial situation, i dont think it could happend in a near future. So this i present to you, our current living room.

Nampak berselerak tak? Takde Carpet.. just guna toto and beralaskan tikar. Sofa L 3 seaters hadiah drpd ayah masa duduk kat umah sewa di Tmn U. Bakul merah berisi baju-baju yang belum dilipat. Kelihatan Yoga Ball di jadikan tempat duduk jugak. Rocking Chair sengaja diletak disitu untuk mengelakkan si Aijaz main power point kat belakang kerusi itu. TV tu diambil dari rumah nenek saya. (Nenek upgrade kepada LED Flat Screen). Coffee table pon  diletak di sudut situ kerana nak elak kan power point dibuat main si Aijaz. 


Ni set sofa idaman saya.. L Shape yang panjang. Picture boleh refer kat Mudah.my
Actually rumah ni just selang 2 rumah dari umah Tok Aijaz di BP. Dengar2nya, owner nak jual umah ni dengan harga 400k


Berangan-angan itu memang indah... tapi nak merealisikan nya memerlukan daya kreativiti yang tinggi dan $$$. Saya juga terfikir untuk beli perabot terpakai aje. Jimat and value for money. Hehehe


Oh yer... saya juga takde idea nak buat langsir camne untuk master bedroom. Sebab tingkap dia sangat pelik. Kita akan kupas this matter in the next post. For the time being.. let me continue my day dreaming :p



16 April 2012

Hati tetiba menjadi sayu

Serious memalam buta ni... Tetiba hati jadi sayu n hiba. Air mata dah start bertakung pon bila tengok the empty spot kat tengah-tengah katil ni.

Dah takde budak kecik tido melintang (kepala tonjol babah, kaki tendang mummy). Takde lagi cakaran yang memedihkan disebabkan kuku dia yg nipis tu. Takde jugak badan gebu tido duduk bersandar kat badan mummy. Tiada juga suara merengek minta susu di awal subuh. Dan takde jugak bunyik "kecek-kecek" kuar dari mulut munggil dak kecik itu. Jangan ditanya pe maksud "kecek" saya pon tak tau ;)

Eventhough belum sampai 24 jam aijaz balik BP.... Im already miss him reAlly really bad.




- Posted using BlogPress from my iPad

13 April 2012

Happy 27th Birthday Mr Bear



Kronologi Umur

20 tahun - Berkenalan menerusi Forum Lelangau.com
22 tahun - Dia tunangan saya.
23 tahun - Dia suami saya. (saiz seluar 36)
25 tahun - Selamat menjadi babah kepada anak saya.
26 tahun - Bought his 1st home.
27 tahun - Saiz seluar 42 :)

Still and always love him. Insya Allah. Amin

- Posted using BlogPress from my iPad

My aijaz

Tak sure patut upload this, here or not. But what the heck... I dont have that many readers.



Surely i'm going to miss this momment.