Lilypie First Birthday tickers

29 October 2011

J Card Member's Day @ Tmn U

28 Okt 2011 berlangsung nyer sale sampai kol 12am. Menci!! tak dapat pergi sebab...
1) Settle kan hal loan kat RHB BBU (dah start bayar interest)
2) Terpaksa tunggu En Bear balik kerja kol 5pm kat Uitm.
3) Tak dapat keizinan dari En Bear.


Sebenarnya sejak dapat sms dari JJ. Saya memang dah bercadang nak pi cari kasut  kerja yang baru time sale tu nanti. Lagipun hari jumaat tu saya kerja syif pagi. So balik kerja mmg bleh singgah. hmm terjadi plak cite cam kat atas tu. Tadi masa lalu depan JJ, saya cakap dgn bear nak singgah. Bear tak nak!! so Berputih mata jer lah jawab nyer. Walaupun umah saya dekat je (tak sampai 5 min) tetap gak tak berpeluang nak shopping. Sangat tak suka. Tapi Bear janji, nnt dah pindah bleh  shopping kat JJ Tebrau. Lagi Best katanya. 



Ayg akan tuntut janji itu.

26 October 2011

Wordless Wednesday #1




Jawa & Aija 16.08.2008

03 October 2011

It's not much but it's home :)

Semalam, after hantar saya pergi kerja... Bear pi jumpa agent rumah kami dgn harapan dapat pinjam kunci rumah nak masuk amik gambar and lihat barang2 yang perlu dibeli nanti. Kami bercadang nak pergi Homefair di persada minggu ni. Skali tanpa disangka-sangka agent tu terus serah kunci kat bear and cakap kalau nak bersihkan rumah and pindah masuk pon dah boleh. Actually proses pindah nama rumah ni belum pon siap tah mana silap nyer... bear ade citer kat saya cuma saya tak reti nak explainkan kat blog ni.


Long story jadi short, bear terus call saya nak mintak nombor tepon contractor yang dia nak hire utk renovate umah ni. Saya try call kawan saya tapi tak dapat plak. Seb baik teringat pasal blog dia. Google then cepat2 sms balik pada bear no contact company itu.

So tadi bear explain pasal kos-kos yang maybe kami perlu sedia kan untuk renovate rumah nnt. Nampak nyer terlebih plak dari jangkaan saya. Saya offer diri buat personal loan untuk cover kos reno tu, tapi bear tak setuju. Tengok lah camner nnt. Maybe kene buat siket-siket dulu. Insya ALLAH. Semoga dipermudahkan segala urusan.

Tetiba teringat plak pada barang-barang yang kami dah letak deposit pada Homedec yang lepas. Masa nak membeli tak terfikir pon jumlah sebenar yang kene bayar nanti. hahahah bulan ni bulan berjimat cermat lah nampak nyer.

 
Nah... ianya bukanlah rumah banglo 5 bilik dengan laman yang luas. (insya Allah next property maybe) dan abaikan pondok merah itu. huhuhu. Terima Kasih kepada bear yang telah bersusah payah mencari dan me'nego'. Syukur Alhamdulillah kerana Allah telah mempermudahkan urusan kami. Terima kasih gak kepada agent kami en Azman. Tak lupa jugak kepada contarctor kami yang sudi datang walaupun dipanggil secara mengejut. Maaf yer sbb mengganggu masa santai bersama keluarga dihujung minggu. Tapi memang kami salute and rekomen kan kepada sesiapa jua yang sedang mencari khidmat contractor berkaliber.

Bear saya memang telah pun jatuh cinta pandang pertama pada hasil kerja mereka sejak saya di'tagged' pada album mereka di FB. (nampak tak kelibat contractor tu sedang memanjat dinding) Mereka boleh dihubungi di sini Qash Maju Enterprise .