Lilypie First Birthday tickers

28 April 2011

Tak Boleh Tido.. Excited utk hari esok.

Hahaha mmg excited nak pergi KL esok. Ingat kan Jumaat Pagi baru bertolak, tetapi balik dari kerja tadi, baru di inform bear  mahu gerak ptg esok. Bear amik 2 jam leave. So dia akan abis kerja pukul 3 ptg. Kalau bleh kami mahu sampai awal di Kajang nanti. Maklumlah kami tak biasa dengan area Kajang. Nanti susah pulak nak cari rumah Adik saya.

So ittenary for this weekend adalah :-
Khamis - Gerak pergi Kajang
Jumaat - Pergi majlis nikah Cousin saya, Raiyan di Cheras.
Sabtu - Majlis resepsi Raiyan.
Ahad - Gerak balik Rengit, Bear ade wedding kene attend.
Isnin - Saya Start kerja. Bear masih cuti :(

Sekian.

26 April 2011

Saya dan Refleksologi.

 
Saya nak cerita pasal reflesologi/urut kaki. Saya mmg percaya saya berjaya pregnant dgn bantuan refleksologi.  Ceh.. ayat skema. Tapi saya mmg skema pon.

Camne nak mula cite ek. Segan sebenarnya.. hahaha bajet cam ramai baca blog ni. Tapi cerita gak ah, mana tau bleh membantu pasangan yg ade kat luar sana ek. Saya dikira lambat juga lah ‘melekat’.. bukan kami buat planning. Tak merancang pon utk dapat anak lambat. Cuma rezeki itu yg datang lewat sket. Almost 2 years kami berkahwin barulah saya disahkan pregnant.

Mesti pasangan yang baru berkahwin akan ditanya nak anak berapa? Merancang ke? Dah ade isi ke? Walhal baru sebulan kawen dah ditanya soalan camtu. Kalau awal2 ditanya masih lagi lah maintain ayu menjawab nye. Tapi kalau dah setahun… tension gak. Samalah cam saya. Bile jawab nye belum lagi… mulalah macam-macam tips dan nasihat diberi, tapi yang pelik nye semua ‘nasihat2’ itu ditujukan pada saya saje. Pada En abang xde. Seolah-olah problem itu berpunca dari saya seorang. Tak nak ckp byk pasal ni nnt ‘emo’ plak.

Maybe lah jugak saya ni ber’problem’. Lepas berkahwin saya menjadi ‘selesa’ dengan kehidupan kami yg baru. Disebabkan saya berkerja syif dan kurang berkemahiran dlm bidang masakan, so kami sering makan diluar dan biler stress di tempat kerja pon saya redakan kemarahan saya dgn memakan junk food. Hal sedemikian serta kekurangan aktiviti fizikal menyebabkan berat saya naik dgn mendadak. Bile berat naik, period saya menjadi irregular. Datang nye 2-3 bulan sekali. Kalau period xde cane nak tau hari subur kan...

Saya jumpa doctor kat KK Mahmoodiah, doc soh wat ujian darah utk cek hormon. Kalau kat KK result ujian darah plak lambat kene dtg next month baru bleh tau result. Saya tak ingat plak result darah tu camne sbb kad rawatan itu dah hilang masa kami berpindah. Tapi saya masih ingat nasihat doc suh saya turun kan berat badan supaya hormone kembali stable. Hehehe

Patut nye ade TCA (appointment) jumpa doctor lg lepas tu, tapi saya malas lah plak. Saya cuba plak set Biodex. Set utk hamil tu.. Konon nye bleh arr turun berat badan sekali. Saya ni jenis start buat sesuatu then cepat give-up. Habis satu set biodex tu saya dah start culas. Saya dah mula cari alternative lain utk pregnant. Saya ade baca ttg reflesologi. Cuma saya tak jumpa2 tempat urut yg saya tak was2.  So cam takut nak pergi sorang2. hehehe

Saya berpeluang mencuba refleksologi masa kat Jakarta. Masa tu saya dah 6 bulan x dtg period. Sakit nye  buat urutan kaki ni. Orang kata area yg paling sakit dia tekan, organ yang bersangkut paut area tu tak sihat sbnrnya. Esok nye.. tanpa disangka2 period saya keluar pada tengahari. Pulak tu kene kat Tanah Abang Mall, menjajar cari kedai jual pads tapi tak jumpa . Seb baik cousin saya ade bawa spare. Muahahaha.

So sekembali nyer saya di johor. Saya masih teruskan urutan kaki itu secara sendiri. Download refleksologi chart dari internet, dan menekan kan area yg berkaitan dgn peranakan saya. Malah kaki abang saya juga saya urutkan. Next month nye bile dah lewat 2 minggu  dari tarikh jangkaan period. Saya buat UPT kat rumah dan result menunjuk kan double-line. Syukur, sangat-sangat bersyukur. Alhamdulillah.

So kepada pasangan yang masih tercari alternative lain utk pregnant, saya mencadangkan kamu mencuba refleksologi. Oh selitan sket, even masa urut time berpantang pon saya menggunaka refleksologi. Mak saya dpt carikan seorang tukang urut yg mahir ttg urutan kaki. Sangat-sangat membantu saya time ‘sembelit’.

Sekian…


22 April 2011

Kepenatan Emosi Dan Jasmani

Sumpah giler  penat malam tadi. Kenapa?!! Sebab kene paksa-rela OT malam. Alkisah, Kawan saya, Fiza yang patut masuk syif malam, EL balik kampung sbb baby dia masuk wad. Tak bleh nak cakap apa lah. Anak kan... Saya on syif ptg masa tu, CC incharge call mintak tolong cari PT ganti utk syif malam. Saya pun sms lah Azhan.. tapi xde jawapan. Sms dari fiza pon masuk dlm hp saya minta tolong ganti. Serius!! rasa serba salah. So give-in lah jugak tapi itu pon tanya si Fiza, bleh tak x nak claim OT just ganti syif malam. Fiza malas plak nak ganti. Hmmm... masing2 dah ade anak, duit tolak tepi... cuti lagi penting.
Sms bear mintak kebenaran utk sambung syif malam and hantar baju plus tapau kan dinner. Bear OK je. Nasib baik dapat bear yang amat memahami. Sayang Bear selalu!! :) Maka saya pun bersiap sedialah utk samb syif mlm.. settlekan buku pendaftaran, resit bayaran, and cek sticker and carbon printer. Biasanya A&E hosp ni lepas maghrib je mesti penuh macam 'Tesco buat sale' penuh dgn manusia. Time maghrib pi isi perut jap. Kalau tak makan alamat nyer kol 2 pagi nnt baru lah berpeluang nak makan. Kol 10pm bear dtg hanta baju n nasi goreng. Alhamdullilah, smlm walaupun ramai orang.. tapi xde yang 'Drama Queen' ade pon 3-4 orang je. Pukul 12 mata dah mula nampak merah, asik menguap kasi oksigen masuk banyak2 dalam otak. Pukul 2 lari kejap utk mandi sambil mermet 'B' kasi kuar susu. Terpaksa membazir sbb xde bekas nak simpan. Pukul 3 makan. Pukul 4 mata dah x bleh handle, perit and kepala dah pening semcm. Rasa nak muntah pun ade. Rasa nye time tu mmg dah tertido2 ayam. Habis je syif mmg adios hosp!!... drive laju giler sbb nak ilangkan ngantuk sampai ter'miss exit jalan nak masuk taman. Terpaksa buat U-turn jauh and masuk UTM untuk balik semula. Selamat Sampai umah kol 8am. Ingat nak 'skype' jap dgn aijaz. baru on notebook mata pon dah Zzzzz....
Tengahari baru bangun pastu terus on skype. Rupa2 nye anak mummy pon baru bangun. Lega dpt tgk perkembangan aijaz. Dia dah pandai pegang botol sendiri. And pantang dibaringkan mesti nak meniarap. Tak sabar nak tunggu minggu depan. Nak jumpa peluk cium aijaz puas2.

17 April 2011

Berita Sedih di awal pagi.

Baru saja membaca sms dari cah informing that our cousin, Sisen meninggal dunia pagi td kerana accident.
Susah nak percaya, tapi takkan lah dia nak memain sms pasal ni. Itu yg first kuar kat kepala sy bila baca sms dari cah. Try call cah tp tak berangkat. So call pula mak, cah yang jawab. Tanya lebih detail. oh mmg sah lah berita itu, abang mak yg call utk sampaikan berita kematian sissen.
Arwah bekerja di Miri, sy tak pasti samaada jenazah akan dikebumikan di sana atau dibawa pulang ke Tambunan. Sedih juga bila fikirkan keluarga Sisen, he was the sole breadwinner for his family. Kasihan pada wife dan anak-anak nye yg masih kecil. Kalau tak silap anak lelaki dia baru 2 tahun dan baby girl baru sebulan lebih. Masih belum dapat memahami apa yg terjadi pada bapa mereka.
Kerana jarak yang jauh (Sabah-Semnanjung) dan berlainan agama, menjadikan kami tidak rapat semasa kecil, tetapi melalui FB kami dpt mengikuti perkembangan masing2. So mmg sayu bila fikir ttg ini. Umur sison baru 23 tahun. Ajal mmg tak mengenal usia. Semoga family di sabah tabah menerima 'pemergian' sison.

12 April 2011

This Memorable Follow-Up Ceritera

Lately saya terasa sangat-sangat lah busy. Between work, housework and pumping sampaikan tiada masa hendak tengok 'drama swasta' di television. Keadaan ini menyebabkan saya sangat-sangat merindui saat 'maternity leave' yang sangat laid-back itu.
Demam rindukan aijaz, saya buat keputusan utk amik 'cuti tanpa rekod'. So dengan Bantuan kawan saya, Azhan.. pagi tadi saya selamat tiba di Batu Pahat dgn menaiki Bas. Anyway, kemalasan yang teramat melanda. I will just let the picture do the talking.


Tok Mak excited mengdokong aijaz, lepas itu mengadu sakit bahu. Tempat kejadian -Carrefour BP  


Aktiviti mengumpul EBM sekembalinya mummy aijaz di JB


 Aktiviti makan2 Suami-Isteri minus the baby di Restoran Sunda, Tmn Impian Emas.


Setelah lebih dari seminggu mengumpul EBM, masa utk dihantar kepada Aijaz.


 Kejadian pagi tadi - Bas KKKL (double-decker) mabuk ler plak.


Tuan Punya Susu


Sekian, Terima Kasih

03 April 2011

Tak Rindu kat Aijaz??

Tadi saya call rumah BP.. ckp sket2 dgn mak saje nak tahu perkembangan jaz. Jaz tgh tido kat umah nenek kat sebelah. Rumah kami semi-D bersebelahan dgn umah nenek saya belah ayah. Selama ini umah sebelah tu kosong tak berpenghuni sbb nenek tinggal kat umah adik ayah di Shah Alam sejak Makcik Mus benti keje utk balik indon nak jaga suami dia yg sakit itu. So this weekend, nenek balik kejap. Itu yg ayah bawa aijaz pergi umah sebelah, lepak2 dgn nenek and pak long sefamily dtg dari JB.
Mak ckp saya tak rindu kat aijaz sbb tak call semalaman. Ciss!! kecik ati jap. Rindu arr, call skype ayah tp tak berangkat. Anyway mak ckp aijaz nye 'yak' dah keras sket sejak tak BF. cian tgk dia time nak teran, Hua!! ni yang rasa cam nak blk BP. Tp nak wat camne keje lah plak. Hari ni syif ptg, senin, ptg, selasa pagi+ptg, rabu OT, tp tak ingat biler. Hmm maybe nak kene adjust dgn kawan2. Bleh hantar EBM yg sy dah collect sejak start keje. kalau tau jadi camni.. patut nyer sebelum naik keje aritu lg dah start kumpul EBM. Sengal punya mummy. Baby jadi mangsa. SOri Aijaz.