Lilypie First Birthday tickers

14 December 2011

Happy Packing & Moving!!

I am packing again.. AND moving..we moved to this house A YEAR ago.. and now we are moving again!
i can't say i like packing.. but its exciting! the idea of a new place, or going to what we call home, its a new beginning.. and no more renting.

Let's pray for the best. Insya-ALLAH.

picture credit: google images

03 November 2011

Cuti Raya Kurban

Harini saya dah start cuti… 5 hari beb!! Jangan jeles. And lagi best, bear cyg pon amik leave khamis n jumaat ni. Seronok-seronok tapi still tak dapat terus balik jumpa Aijaz yang dirindui sbb kami eh bear je (saya nak top-up tido) kene uruskan hal SAJ and TNB untuk  rumah yang  bakal kami duduki nanti.

Kami juga bercadang untuk cat rumah cuti ni. Semua buat sendiri, takda nak upah-upah orang sebab kami perlu berjimat sebab banyak lagi yang perlu dibayar. Wiring pon bear buat sendiri. Cuci+sertu/samak rumah pon sendiri buat… memang pengalaman yang best.

Harini gak maybe kene korek duit ASB bear utk bayar deposit SAJ and TNB. Biler lah duit loan rumah nak masuk ni. Risau gak sbb kami masih berhutang dgn En kontraktor.  Masih berhutang dgn Tukang pasang gate etc. Hidup berhutang ini tidak mengamankan.

Walaupun kepala serabut memikir kan duit yang keluar macam air. Tapi hati tetap berbunga2 bila fikir rumah dah siap nanti kami nak bawa Aijaz tinggal bersama. Agak nya ade tak babysitter yang available lagi kat Sri Alam nanti. Deko bilik Aijaz??!! Maybe belum lagi kot. Sbb saya nak Aijaz tido dengan kami je.

Tak Sabar nak balik BP jumpa Aijaz. maybe tomorrow or saturday kot baru blk...


29 October 2011

J Card Member's Day @ Tmn U

28 Okt 2011 berlangsung nyer sale sampai kol 12am. Menci!! tak dapat pergi sebab...
1) Settle kan hal loan kat RHB BBU (dah start bayar interest)
2) Terpaksa tunggu En Bear balik kerja kol 5pm kat Uitm.
3) Tak dapat keizinan dari En Bear.


Sebenarnya sejak dapat sms dari JJ. Saya memang dah bercadang nak pi cari kasut  kerja yang baru time sale tu nanti. Lagipun hari jumaat tu saya kerja syif pagi. So balik kerja mmg bleh singgah. hmm terjadi plak cite cam kat atas tu. Tadi masa lalu depan JJ, saya cakap dgn bear nak singgah. Bear tak nak!! so Berputih mata jer lah jawab nyer. Walaupun umah saya dekat je (tak sampai 5 min) tetap gak tak berpeluang nak shopping. Sangat tak suka. Tapi Bear janji, nnt dah pindah bleh  shopping kat JJ Tebrau. Lagi Best katanya. 



Ayg akan tuntut janji itu.

26 October 2011

Wordless Wednesday #1




Jawa & Aija 16.08.2008

03 October 2011

It's not much but it's home :)

Semalam, after hantar saya pergi kerja... Bear pi jumpa agent rumah kami dgn harapan dapat pinjam kunci rumah nak masuk amik gambar and lihat barang2 yang perlu dibeli nanti. Kami bercadang nak pergi Homefair di persada minggu ni. Skali tanpa disangka-sangka agent tu terus serah kunci kat bear and cakap kalau nak bersihkan rumah and pindah masuk pon dah boleh. Actually proses pindah nama rumah ni belum pon siap tah mana silap nyer... bear ade citer kat saya cuma saya tak reti nak explainkan kat blog ni.


Long story jadi short, bear terus call saya nak mintak nombor tepon contractor yang dia nak hire utk renovate umah ni. Saya try call kawan saya tapi tak dapat plak. Seb baik teringat pasal blog dia. Google then cepat2 sms balik pada bear no contact company itu.

So tadi bear explain pasal kos-kos yang maybe kami perlu sedia kan untuk renovate rumah nnt. Nampak nyer terlebih plak dari jangkaan saya. Saya offer diri buat personal loan untuk cover kos reno tu, tapi bear tak setuju. Tengok lah camner nnt. Maybe kene buat siket-siket dulu. Insya ALLAH. Semoga dipermudahkan segala urusan.

Tetiba teringat plak pada barang-barang yang kami dah letak deposit pada Homedec yang lepas. Masa nak membeli tak terfikir pon jumlah sebenar yang kene bayar nanti. hahahah bulan ni bulan berjimat cermat lah nampak nyer.

 
Nah... ianya bukanlah rumah banglo 5 bilik dengan laman yang luas. (insya Allah next property maybe) dan abaikan pondok merah itu. huhuhu. Terima Kasih kepada bear yang telah bersusah payah mencari dan me'nego'. Syukur Alhamdulillah kerana Allah telah mempermudahkan urusan kami. Terima kasih gak kepada agent kami en Azman. Tak lupa jugak kepada contarctor kami yang sudi datang walaupun dipanggil secara mengejut. Maaf yer sbb mengganggu masa santai bersama keluarga dihujung minggu. Tapi memang kami salute and rekomen kan kepada sesiapa jua yang sedang mencari khidmat contractor berkaliber.

Bear saya memang telah pun jatuh cinta pandang pertama pada hasil kerja mereka sejak saya di'tagged' pada album mereka di FB. (nampak tak kelibat contractor tu sedang memanjat dinding) Mereka boleh dihubungi di sini Qash Maju Enterprise .

30 September 2011

September's Post

Hari last for september 2011. Raya Aidilfitri pon dah tamat. So far Bleh tahan lah raya tahun ni even though seminggu awal raya tu kene kerja.
Yang tak best, this week for the 1st time, aijaz  kene batuk and running nose. Jangkit dari tok ayah. Before ni even demam, aijaz tak de kene batuk2 or flu. Kesian plak dengar dia batuk. To add more kesian... aijaz tak nak tido dgn mummy dia. He just want his tok ayah. Double bummer for mummy. Nampak sangat Aijaz dah terlebih attach pada grandparents.
Takpe lah baby... asal awak bahagia and selesa.