Lilypie First Birthday tickers

06 January 2012

Trend Baju Kurung Cotton

Fabric Cotton atau kain kapas ni trend lama rasanya. Tapi tak lapuk dek masa. Dulu tak minat nak buat baju kurung guna kain jenis ni, almaklumlah saya kan malas nak iron baju. Tu yang malas nak buat baju guna kain cotton. Tapi adik-beradik and cousins saya suka sangat kain cotton. Dia orang jahit buat blouse and baju kurung. Ada gak yang buat skirt.

So masa awal tahun 2009 (cite lama) saya join derang jalan shopping kat jakarta. Tempat pertama diaorang nak pergi adalah Tanah Abang (TA) Mall. Dah sampai TA Mall, tempat pertama diaorang tuju adalah kedai kain. Kat dalam tu, memang kedai kain bersepah and sampai bleh sesat nak cari jalan keluar. (Saya je yang sesat sebab 1st time masuk, yang lain dah pernah/slalu shopping kat situ) So untuk elak hilang dicelah ribuan orang di dalam tu, saya follow jer lah adik saya keluar masuk kedai. Kita orang berpecah dgn cousins sebab masing-masing dah aim something untuk dibeli. Adik saya memang nak cari kain cotton. SO nak tak nak... beli gak lah 2 pasang kain kat situ. Hari ke2 pon, masih lagi pergi TA mall. Diaorang tak puas hati dengan hasil semalam. Itu pon saya termakan pujukan cousins saya untuk beli lagi kain cotton.

Dah balik m'sia ada kain pasang itu saya bagi kat kawan and adik ipar saya. Selebih nya terperap dalam beg kat BP. Malas nak hantar kat tailor. Masa tengah pregnant, saya cakap dengan mak nak buat blouse preggy macam uniform nurse pregnant. Mak saya amik sepasang kain cotton dalam beg tu then pi hantar tailor. Dapat 2 pasang blouse. Walaupun tak sama dengan uniform nurse, tapi pakai nyer selesa, (saya pasang tali untuk ikat kat belakang- saya suka baju ada ikat tali macam reben) ramai kawan tanya beli kat mana..

After bersalin, mak saya hantar lagi sepasang kain untuk buat baju kurung untuk pakai masa wedding cousin saya kat KL. Time bulan puasa aritu saya hantar lagi sepasang color hijau. Saya dah mula minat pakai baju kurung cotton, sebab ia selesa. Setelah byk membuat survey, saya dapati Cotton dari Vietnam skang sangat popular. Saya takut-takut gak nak purchase kain online, yelah kita tak tau kualiti kainnyer camne. Tapi ade satu blog kain cotton ni, membuat saya tekad nak purchase online jugak. Sebab tak tahan dengan kecomelan corak kain. Saya booked sebab takut orang lain rembat dulu. Bile kain sampai. Memang puas hati lah dengan kualiti and corak dia. Tak nyesal beli.

Saya letak link blog Kain chomel tu kat sini yer.. Lain masa nanti senang nak klik and jenguk blog tu lagi.

Cutie Cotton Boutique

No comments: