Lilypie First Birthday tickers

01 February 2012

Kereta dihentam gate

Yer memang tak salah tajuk kat atas tu. Kereta dihentam bukan menghentam. Kawasan rumah saya  angin kalau bertiup bukan sepoi-sepoi bahasa tapi tak de budi bahasa langsung. Kuat yang amat sangat kekadang takut pula mendengar bunyi ia menderu dicelah tingkap.

Bila rumah ni dibeli, tiada rancangan untuk menukar gate, hanya bercadang untuk memasang auto-gate. Tetapi 'time kasih' kepada Homefair di Persada. Kami telah ter'booking gate baru pula menggantikan gate lama yang standard. Konon nyer bile gate besar nanti mudah lah kami nak parking 2 buah kereta sekaligus. Walhal kereta kami cuma sebuah aje.

Disebabkan kesilapan teknikal tukang besi ketika mengukur, kini gate yang dipasang tak boleh dibuka sepenuhnyer. Saya redha dengan keadaan gate tu, dah rezeki kami nak dapat camtu kan... Tapi yang tak best bile time nak buka gate time tu jugak angin bertiupan. Sebab bile dengan keadaan gate tak boleh bukak luas angin yang kuat tu boleh mendorong gate tertutup balik.

Kalau berdua oklah jugak, sorang bukak gate and tahan gate dari tertutup sebab angin. While sorang lagi drive masuk parking. Kalau sorang.. kuar bukak gate belum sempat masuk keta. Gate dah tertutup balik. Kekadang kene 2-3 kali keluar masuk kereta sebab nak bukak gate. Dan yang paling haru, bila dah setting baik-baik. tunggu angin reda. Baru drive masuk kereta separuh, datang angin dorong gate tu menghentam kereta. Dang!!!! dah tak sempat nak buat apa-apa just doa ia tak tinggalkan kesan yang teruk. calar tu memang tak boleh elak lah.

Keadaan ni dah berlaku banyak kali yer....

Gate yang tak boleh dibuka luas

Keadaan setelah ditiup angin
 Ia sangkut disini

Bajet untuk auto-gate telah tiada... Sebab dah ter'overwrite oleh Gate Baru ni.

2 comments:

Ms SZ said...

tahan pakau batu, or letak dawai, t ikat di tiang. kami tahan pakai batu bata sahaja. save budget.

Aija said...

try jugak tahan pakai kayu. tapi kayu asik jatuh. batu tak cukup ketinggian sebab parking kene naik bukit sket.