14 May 2012

Minggu ni...berat saya turun 0.5kg

Mak Aaihh!! Dari pukul 9pm saya masuk kerja sampai lah sekarang 4.02am, kerusi kat A&E ni penuh... yang berdiri pon ramai. Apa lah yang best sangat datang sepital memalam buta ni... kalau takat batuk, tolonglah jangan datang time cenggini kesian kat kes yang betul2 emergency. Oh please... ingat kitaorang tak tau taktik korang yang cuma nak MC je. 

Anyway  Since dah masuk senin, nak update lah berat minggu ni... berat dah mencapai 52.5kg. Actually tak sure 52 ke 53kg. So amik yang tengah-tengah. 

Mak dah tegur peha nampak kecik sikit. Tapi perut tetap boroi. Tak pasti apa yang menyebabkan berat turun. Maybe sebab dah kurang minum air manis. I have to admit lah sugar is a huge part of what's making me fat. Biasa nya kalau syif malam... mulut ni tak stop kunyah gegula or coki-coki.. air mesti 100 PLus perisa orange. Tapi sebab diet punya pasal... semua kudapan-kudapan sedap tu terpaksa dilupakan. 

Next week after gaji... nak beli timbang digital. 


Tengah bendera jepun  ni. LMP 12 Mei 2012. Catatan supaya senang nak kira ovulation period. Cewahhh!!





1 comment: