Lilypie First Birthday tickers

26 March 2012

Saya Perlukan Bag Baru

Last Year, saya beli Blackberry Playbook secara online dengan kawan saya yang bermastautin di US. Saya takde masalah pun menggunakan Playbook. Penggunaan dia mudah, kualiti video nya cantik. Cuma yang tak best, certain software dia kene beli. Saya tak kisah sangat pun, sebab saya guna hanya untuk FB, Youtube dan game yang simple untuk Aijaz.

Tetapi Bear sangat lah teringin nak guna Ipad 2. Asyik pujuk saya jual Playbook dan beli Ipad. So last month, bear jualkan Playbook tu via Mudah.my dan belikan Ipad2 (dia tambah duit sket). Di sebabkan saiz Ipad lebih besar daripada Playbook, saya dah warning awal-awal kat bear yang saya nak handbag baru. Supaya muat masukkan Ipad dalam beg nanti.

Sampai ke harini saya tak berkesempatan nak beli bag baru. Saya tak berapa gemar beg yang sangkut kat bahu. So saya tengah cari jenis crossbody, sling bag or messenger bag. Pilihan warna.... huhuhu mata ni mudah sangat berkenan kat colour pink or purple.

Saiz :
11.5" x 8.5"
28cm x 21cm

Ada blogwalking beberapa blog jual beg. Tapi harganya diluar budget saya. Maybe kene buat OT banyak-banyak baru boleh beli kat situ.



 

No comments: