24 April 2012

Berat dah sama dengan masa hari deliver Aijaz

Sabtu aritu, lepas syif malam... balik BP konon nya nak amik Aijaz then bawak balik kampung mentua kat rengit. Seperti biasa... teguran pasal gemuk tetap ada daripada family. Cek berat kat scale umah BP 65kg. ohh patut arr banyak baju yang tinggal kat umah dah tak muat, rupanya naik lagi. hehehe
Mintak tolong mak ukur dengan tali tape...
Perut - 38.5'
lengan - 14.2'
Punggung 41.1'
Dahsyat kan... dengan ketinggian 152cm and berat cenggitu. BMI 28.13.
Nak komited kat VCO pun susah. Asik lupa je. Agaknye tu yang kadar metobalisme turun.
Masa awal tahun ade timbang berat gak...  try diet. Tapi berat jadi turun naik. hehe
Nak start diet and mengamalkan gaya hidup yang sihat lagi. Harap usaha kali ni menjadi.




No comments: